Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Mahasiswa, buruh bantah kenaikan harga bahan api

    JAKARTA, 6 SEPT – Ribuan golongan mahasiswa dan persatuan hari ini mengadakan demonstrasi di ibu negara dan beberapa bandar lain kerana membantah kenaikan harga bahan api.

    Persatuan pekerja turut menolak Undang-undang Omnibus Law Cipta Kerja dan menuntut gaji minimum untuk tahun depan dinaikkan.

    Demonstrasi dilakukan di kawasan Medan Merdeka dan kompleks parlimen di Jakarta Pusat, serta di beberapa buah bandar lain, antaranya Aceh, Sulawesi dan Yogyakarta.

    Menurut media tempatan, peserta menzahirkan rasa bimbang dengan kenaikan harga yang akan  menyebabkan semua harga komoditi, makanan dan pengangkutan umum turut meningkat.

    Seramai 8,000 orang anggota keselamatan terdiri dari polis dan tentera ditugaskan untuk mengawal ketenteraman awam sepanjang demonstrasi berlangsung di ibu negara.

    Sejak Sabtu harga runcit Pertalite naik 2,350 rupiah seliter kepada 10,000 rupiah seliter dan diesel naik 1,650 rupiah seliter kepada 6,800 seliter (RM1=3,308 rupiah).

    Harga Pertamax, tanpa subsidi, juga turut naik 2,000 rupiah kepada 14.500 seliter seiring harga minyak global dan penyusutan mata wang rupiah. – Bernama

    Aktivis mahasiswa membakar tayar semasa bantahan terhadap kenaikan harga minyak di Jakarta, Indonesia. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...