Oleh Pg Fairol RMF
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Feb – Seramai 16 mahasiswa dan mahasiswi universiti dari Jepun akan membuat lawatan ke Brunei Darussalam sebagai program pertukaran di bawah JENESYS 2017 yang dilancarkan oleh kerajaan Jepun.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan, mahasiswa dan mahasiswi Jepun akan membuat beberapa pembentangan dan persembahan yang akan ditunjukkan kepada pelajar-pelajar Brunei dalam program pertukaran sekolah yang akan diadakan pada 27, 28 Februari dan 1 Mac nanti.
Sementara itu, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesefahaman antara rakyat Brunei dan Jepun sekali gus memperlihatkan imej Jepun dan perkara-perkara yang menarik mengenainya.