Mahathir, Anwar kembali sepentas

PORT DICKSON, Malaysia, 9 Okt – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad kini berkempen untuk bakal penggantinya dan bekas seteru beliau, Anwar Ibrahim, menyeru para pengundi untuk menyokong Anwar kembali aktif berpolitik.

Kehadiran Tun Dr Mahathir di perhimpunan politik lewat malam kelmarin merupakan yang pertama kali dalam tempoh dua dekad di mana kedua-dua individu itu berkongsi satu pentas selepas mengenepikan permusuhan untuk membentuk sebuah pakatan yang telah mencatat kemenangan dalam pilihan raya pada Mei lalu.

Tun Dr Mahathir, 93, dilantik buat kali kedua bagi pucuk pimpinan sekali gus menjadi pemimpin tertua di dunia dalam peralihan kuasa pertama antara parti-parti sejak kemerdekaan dari Britain pada 1957.

Anwar tidak menyertai pilihan raya atas tuduhan sodomi pada 2015 yang beliau sifatkan sebagai tuduhan bermotifkan politik tetapi beliau kemudian dibebaskan dan diberi pengampunan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V beberapa hari selepas pilihan raya tersebut.

Anwar sebelum ini merupakan anggota tertinggi pimpinan parti gabungan tetapi didapati bersalah akibat sodomi dan rasuah selepas bergelut pada 1998 bersama Mahathir, yang telah menjadi perdana menteri selama 22 tahun sehingga 2003. Menurut Anwar, tuduhan itu dibuat untuk menghancurkan karier politiknya.

Beliau dibebaskan pada 2004 dan kemudian disabitkan lagi pada 2015.

Pilihan raya kecil nanti akan mengisi kekosongan kerusi bagi Port Dickson, Anwar dijangka akan menang mudah dan kembali ke parlimen dan bersedia untuk mengambil alih jawatan perdana menteri dari Mahathir. Pada PRK kali ini, beliau bersaing dengan enam calon yang lain. – AP

Tun Dr Mahathir Mohamad bergandingan tangan bersama Anwar Ibrahim semasa perhimpunan di Port Dickson semalam. – AP