CARACAS, 28 Jun – Tentera Venezuela telah diminta mengambil langkah berjaga-jaga selepas empat bom tangan dilontar ke arah Mahkamah Agung daripada sebuah helikopter, kata Presiden Nicolas Maduro semalam, dalam peningkatan keganasan yang membelenggu negara Amerika Selatan.
Serangan helikopter itu berlaku sehari selepas Maduro mengumumkan penahanan lima penentang yang dituduhnya berkomplot menentangnya untuk membuka laluan kepada serangan AS. Presiden, yang berminggu-minggu lamanya telah mengecam percubaan rampasan kuasa ke atas beliau, berkata helikopter dibawa oleh juruterbang yang bekerja untuk seorang bekas menteri. Kira-kira 15 tembakan ditembak ke arah Kementerian Dalam Negeri, tambah Maduro.
“Saya telah mengaktifkan seluruh angkatan bersenjata untuk mempertahankan keamanan,” kata beliau dalam kata-kata daripada istana presiden Miraflores.
“Lambat laun, kami akan menahan helikopter itu dan mereka yang melancarkan serangan keganasan ini. Tidak ada sesiapa yang cedara dalam kejadian,” kata beliau. – AFP
