Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mahkamah AS sedia batal hak gugurkan kandungan

    WASHINGTON, 3 MEI – Mahkamah Agung dikatakan bersedia untuk membatalkan hak menggugurkan kandungan di Amerika Syarikat (AS), menurut satu draf pandangan majoriti yang bocor.

    Perkara itu menggemparkan pelbagai pihak kerana ia bakal memberi kesan terhadap perlindungan di bawah perlembagaan sejak hampir 50 tahun lalu, jika berjaya menjadi kenyataan.

    Politico melaporkan draf pendapat itu ditulis Hakim Samuel Alito dan sudah diedarkan sejak Februari lalu dalam mahkamah yang didominasi golongan konservatif.

    Draf setebal 98 muka surat itu dilapor menyifatkan keputusan bersejarah kes Roe lwn Wade pada 1973 yang membawa kepada penetapan hak menggugurkan kandungan, sebagai ‘amat salah sejak dari mula lagi’.

    “Kami berpandangan bahawa Roe dan Casey mesti ditolak,” tulis Alito dalam dokumen terbabit yang dilabel sebagai ‘Pendapat Mahkamah’ dan disiarkan dalam laman sesawang Politico.

    Dalam kes Roe lwn Wade, mahkamah peringkat tertinggi di AS memutuskan bahawa akses kepada pengguguran kandungan adalah hak berperlembagaan.

    Dalam keputusan kes Planned Parenthood lwn Casey pada 1992, mahkamah menjamin hak wanita untuk menggugurkan anak hingga janin ‘dapat dilihat’ di luar rahim yang lazimnya membabitkan tempoh antara 22 hingga 24 minggu kehamilan.

    “Pengguguran anak sebenarnya membawa persoalan moral yang amat mendalam,” tulis Alito. – AFP

    Orang ramai berkumpul di luar Mahkamah Agung di Washington pada 2 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...