Tuesday, January 21, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Australia denda Apple

    SYDNEY, 19 Jun – Apple hari ini didenda AS$6.7 juta oleh sebuah mahkamah Australia kerana membuat dakwaan palsu mengenai hak pengguna apabila enggan membaiki iPhone dan iPad yang rosak yang sebelum ini dibaiki oleh pihak ketiga.

    Pelanggan syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) telah mengadu kepada Suruhanjaya Persaingan dan Pengguna Australia (ACCC) selepas satu pengemaskinian sistem operasi merosakkan peranti mereka dalam isu global yang dikenali sebagai ‘kesilapan 53.’

    Pengguna diberitahu oleh Apple bahawa mereka tidak layak dibaiki sekiranya iPhone atau iPad telahpun dibaiki oleh syarikat lain.

    ACCC membawa Apple ke Mahkamah Persekutuan pada tahun lalu disebabkan kenyataan palsu atau mengelirukan kepada pelanggan dengan iPhone dan iPad rosak tentang hak mereka di bawah undang-undang.

    “Jika satu produk adalah rosak, pelanggan berhak mendapatkan pengganti atau pembaikan di bawah Undang-Undang Pengguna Australia, dan ada kalanya mendapat bayaran balik,” kata Pesuruhjaya ACCC Sarah Court dalam satu kenyataan.

    “Mahkamah mengisytiharkan bahawa iPhone atau iPad yang telah dibaiki oleh seseorang selain daripada Apple tidak layak menerima jaminan pengguna, atau hak pengguna untuk membaiki produk.”

    Apple mengaku mengelirukan sekurang-kurangnya 275 pelanggan Australia mengenai isu tersebut di antara Februari 2015 hingga Februari 2016 di laman web AS, oleh pekerja kedai Australia dan panggilan telefon perkhidmatan pelanggannya.

    Pemerhati pengguna berkata Apple juga memberikan peranti baharu sebagai pengganti, selepas dakwaan mengatakan syarikat memberikan pelanggan barangan yang telah dibaiki dan bukannya selepas satu produk mengalami kerosakan besar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda