Monday, October 7, 2024
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah enggan kembalikan tegahan Trump

    LOS ANGELES, 10 Feb – Mahkamah AS semalam sebulat suara enggan mengembalikan semula tegahan Donald Trump ke atas orang pelarian dan warga-warga dari tujuh negara Islam memasuki AS, memberikan presiden baru itu kegagalan dalam pelaksanaan agenda kontroversinya itu.

    Perintah mahkamah rayuan persekutuan San Francisco ke atas arahan eksekutif Trump yang dikeluarkan pada 27 Januari tanpa amaran awal dan digantung oleh mahkamah rendah seminggu kemudian, mencetuskan pergolakan tiga minggu pertama beliau sebagai presiden.

    Trump segera berjanji akan terus berjuang, dengan menerusi Twitter dalam tempoh beberapa minit keputusan itu “Jumpa kamu di mahkamah, keselamatan negara kita menghadapi risiko.”

    “Itu adalah keputusan politik,” beliau memberitahu para pemberita kemudian.

    Jabatan Keadilan telah meminta Mahkamah Rayuan Ninth Circuit supaya mengembalikan langkah itu dengan asas kecemasan, namun panel tiga hakim sebaliknya mengekalkan penggantungan itu yang diarahkan oleh hakim persekutuan di Seattle.

    Luar bangunan Mahkamah Rayuan Persekutuan yang membuat keputusan mengekalkan kebebasan tujuh negara Islam keluar masuk ke Amerika Syarikat. – AFP
    Luar bangunan Mahkamah Rayuan Persekutuan yang membuat keputusan mengekalkan kebebasan tujuh negara Islam keluar masuk ke Amerika Syarikat. – AFP

    “Kami menyokong bahawa kerajaan tidak menunjukkan kemungkinan kejayaan dari rayuannya, dan tidak menunjukkan bahawa kegagalan untuk mendapatkan penetapan akan mengakibatkan penjejasan yang tidak dapat ditebus,’ hakim memerintahkan.

    Dekri Trump terus menolak kemasukan semua orang pelarian selama 120 hari dan pelancong dari Iran, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman selama 90 hari. Orang pelarian dari Syria disekat bagi tempoh tidak pasti.

    Pentadbiran baru Republikan ini mengatakan tegahan itu perlu untuk menghalang para pejuang Islam IS dan Al-Qaeda dari sampai ke bumi AS, namun ia mengakibatkan perjalanan dalam keadaan kelam kabut dan benar-benar ditolak oleh kumpulan penyokong imigrasi.

    Para pengkritik berkata langkah itu mensasarkan orang Islam dalam mencabuli undang-undang AS.

    Kini, kes itu mungkin berakhir di Mahkamah Agung.

    Mahkamah San Francisco berkata aspek-aspek kepentingan awam kedua belah pihak menekankan ‘tumpuan besar’ ekoran kes itu.

    “Selain itu, orang awam mempunyai kepentingan kuat dalam keselamatan negara dan dalam kemampuan presiden yang dilantik untuk menggubal dasar,” kat perintah itu lagi. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda