Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Mahkamah Filipina batalkan pakatan cari gali minyak

    MANILA, FILIPINA, 11 JAN — Mahkamah Agung Filipina kelmarin mengisytiharkan pakatan China, Filipina dan Vietnam pada tahun 2005 untuk bersama-sama meneroka minyak di Laut Cina Selatan sebagai tidak mengikut perlembagaan.

    Keputusan yang dibuat oleh 12 daripada 15 hakim mahkamah telah membatalkan perjanjian Usaha Bersama Seismik Marin oleh syarikat-syarikat milik ketiga-tiga negara.

    Dua hakim mahkamah yang lain telah menentang manakala seorang lagi sedang bercuti dan tidak mengundi. Mahkamah tersebut tidak mengumumkan keputusan penuh kepada orang awam dan hanya mengeluarkan perkara penting dalam satu kenyataan.

    Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr yang mula berkhidmat pada bulan Jun tahun lalu, menzahirkan kesanggupannya untuk menghidupkan kembali rundingan eksplorasi minyak bersama dengan China yang gagal dalam mesyuarat dengan rakan sejawatnya, Xi Jinping, di Beijing pada minggu lalu.

    Mahkamah tersebut memutuskan perjanjian pada tahun 2005 itu telah melanggar perlembagaan dengan membenarkan syarikat minyak milik negara China dan Vietnam untuk turut menjalankan penerokaan minyak bersama di perairan Filipina. Piagam dengan spesifik menyatakan “penerokaan, pembangunan dan penggunaan sumber asli seharusnya terletak di bawah penguasaan dan penyeliaan penuh kerajaan Filipina.” – AP

    Gambar fail bertarikh 4 Januari 2023 yang dikeluarkan oleh agensi berita Xinhua menunjukkan Marcos (kanan), berjalan bersama Xi Jinping selepas memeriksa pengawal kehormat di Beijing. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...