Mahkamah gantung mandat vaksin pekerja AS

WASHINGTON, 7 NOV – Mahkamah Rayuan Persekutuan Amerika Syarikat (AS) semalam menghentikan sementara mandat vaksin pentadbiran Presiden Joe Biden, bertujuan mendorong jutaan kakitangan di sektor perniagaan yang mempunyai lebih 100 pekerja mendapatkan suntikan COVID-19.

Mahkamah Rayuan bagi litar Persekutuan AS berpangkalan di New Orleans berkata, keputusan itu diputuskan berikutan hujah pempetisyen yang memberi sebab untuk mempercayai terdapat isu undang-undang dan perlembagaan serius dengan mandat itu, sekaligus keputusan itu kekal sementara menunggu tindakan lanjut mahkamah ini.

Mahkamah memerintahkan kerajaan menjawab usul bagi injunksi kekal pada jam 5 petang esok.

Pempetisyen termasuk lima negara pro Republikan iaitu Texas, Louisiana, South Carolina, Utah, Mississippi serta beberapa syarikat swasta dan kumpulan agama.

Jika dikekalkan, penggantungan itu memberi kejutan kepada usaha Biden bagi seluruh pekerja AS yang perlu divaksinasi menjelang musim sejuk, ketika jangkaan penularan semula COVID-19.

Bagaimanapun, tiada reaksi segera diterima daripada pentadbiran Biden berhubung perkara itu. – AFP

Seorang lelaki menerima suntikan vaksin COVID-19 di pusat vaksinasi di Las Vegas. Mahkamah Rayuan Persekutuan AS menghentikan sementara mandate vaksin pentadbiran Presiden Joe Biden, yang mendorong jutaan pekerja mendapatkan suntikan vaksin. – AP