Monday, January 13, 2025
33.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah jatuh hukuman mati menerusi Zoom

    JAKARTA, 23 APRIL – Tindakan Mahkamah Indonesia menjatuhkan hukuman mati secara maya menerusi Zoom dan aplikasi video lain dikritik sebagai perbuatan yang menghina.

    Alasan bahawa mereka terpaksa melakukannya berikutan pandemik COVID-19 disifatkan tidak berperikemanusiaan, lebih-lebih bagi mereka yang perlu berdepan skuad penembak mati.

    Angkara pandemik itu, Indonesia beralih kepada perbicaraan mahkamah secara maya berikutan sekatan perbicaraan secara langsung termasuk membabitkan kes pembunuhan dan pengedaran dadah yang boleh membawa hukuman mati. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda