Saturday, January 25, 2025
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Korea S beri jalan alternatif

    SEOUL, 28 Jun – Mahkamah Perlembagaan Korea Selatan pada hari ini akan mengenakan hukuman penjara kepada mereka yang mengelak undang-undang ketenteraan yang wajib di negara itu, tetapi memerintahkan pihak berkuasa untuk memberi para pembantah undang-undang itu jalan alternatif dengan menjalani perkhidmatan kebangsaan.

    Selepas hampir 65 tahun Perang Korea berakhir, setiap lelaki Korea Selatan yang berumur antara 18 dan 35 tahun diwajibkan harus menjalani sekitar dua tahun perkhidmatan tentera.

    Sesiapa yang menolak untuk menyertai latihan ketenteraan itu biasanya akan meringkuk di dalam penjara selama 18 bulan dan tanpa pilihan perkhidmatan komuniti alternatif. Seramai 19,000 pembantah telah dipenjarakan sejak tahun 1950.

    Dalam keputusan berbahagi itu, sembilan hakim mahkamah menyokong satu peruntukan bagi undang-undang wajib tentera di mana sesiapa yang mengelaknya akan dikenakan hukuman maksimum tiga tahun penjara.

    “Adalah sah untuk menguatkuasakan undang-undang ketenteraan melalui hukuman jenayah,” kata mahkamah dalam keputusannya.

    Walau bagaimanapun, ia memutus-kan satu lagi frasa dalam undang-undang pengerahan wajib bahawa mengiktiraf sebarang alternatif kepada perkhidmatan ketenteraan adalah bukan satu pelanggaran kepada perlembagaan.

    Dalam satu kenyataan, kementerian pertahanan mengatakan bahawa ia telah mempertimbangkan alternatif kepada perkhidmatan ketenteraan, dan ‘akan memutuskan dasar pada tarikh yang paling awal seiring dengan keputusan mahkamah’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda