KAHERAH, 17 April – Sebuah mahkamah Mesir membebaskan Aya Hijazi, rakyat Amerika Syarikat (AS) keturunan tempatan, ditahan hampir tiga tahun berkaitan insiden penderaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diasaskannya untuk membantu kanak-kanak jalanan.
Pihak berkuasa menahan Hijazi, suami dan enam lain pada Mei 2014 atas tuduhan mendera kanak-kanak yang secara meluas dianggap palsu oleh kumpulan hak asasi manusia dan pegawai kanan AS, yang menggesa pembebasannya. – AP