Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Mahkamah Mexico benarkan tentera laksana tugas polis

    MEXICO, 30 NOV – Mahkamah Agung Mexico hari ini mengekalkan pindaan perlembagaan yang membolehkan tentera meneruskan tugas penguatkuasaan undang-undang sehingga 2028.

    Mahkamah memutuskan terhadap rayuan yang berpendapat penguatkuasaan undang-undang harus diserahkan kepada pasukan polis awam. Pengkritik memberi amaran bahawa Presiden Andres Manuel Lopez Obrador sedang menenterakan negara, dan mengabaikan pemisahan kuasa.

    Lapan daripada 11 hakim mahkamah mengundi untuk menyokong perubahan yang diluluskan oleh Kongres pada Oktober. Menempatkan tentera dan marin di jalanan untuk memerangi jenayah telah lama dilihat sebagai langkah untuk memerangi kartel dadah yang bersenjata dalam negara. Pada 2019, penggubal undang-undang mengundi bahawa polis awam harus mengambil alih tugas tersebut menjelang 2024.

    Tetapi Lopez Obrador menyokong dan bergantung kepada tentera, kerana dia berpendapat angkatan tentera mempunyai sikap yang jujur. Presiden telah memberikan tanggungjawab lebih kepada angkatan tentera berbanding mana-mana pemimpin Mexico sebelum ini.

    Pusat hak asasi manusia Miguel Agustin Pro Juarez menulis kelmarin bahawa cabang kehakiman telah kehilangan peluang untuk bertindak sebagai pengimbang terhadap ketenteraan negara.

    Kebanyakan pakar bersetuju Mexico memerlukan polis awam yang dibayar, terlatih dan dilengkapi dengan lebih baik. Polis negeri dan perbandaran Mexico adalah korup, kurang terlatih dan tidak profesional.

    Lopez Obrador telah bergantung kepada tentera untuk penguatkuasaan undang-undang. Dia menghapuskan pasukan polis persekutuan awam dan mewujudkan Pengawal Kebangsaan, yang kini mahu diserahkan sepenuhnya kepada Jabatan Pertahanan.

    Presiden juga bergantung kepada angkatan tentera di kawasan lain, daripada membina projek infrastruktur kepada pengendalian lapangan terbang dan kereta api. – AP

    Para penduduk yang sudah bosan dengan strategi ketenteraan berdepan dengan tentera Mexico yang berlindung di sebalik penghadang tayar kereta, di Loma Blanca, Mexico. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...