Wednesday, October 16, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah panggil ketua polis Catalonia

    MADRID, 6 Okt – Penduduk Catalonia yang pro-kemerdekaan dijangka hadir di depan hakim Sepanyol berhubung dakwaan hasutan hari ini dalam satu tindakan yang mungkin memburukkan lagi ketegangan di antara kerajaan serantau dan nasional.

    Keganasan meletus pada hujung minggu lalu ketika referendum kemerdekaan Catalonia diharamkan oleh Madrid dan pemimpin Catalonia telah mengugut akan mengisytiharkan kemerdekaan dalam masa beberapa hari.

    Mahkamah Nasional di Madrid telah memanggil ketua polis Catalonia Josep Luis Trapero dan tiga suspek lain yang disiasat kerana dakwaan menghasut untuk dibicarakan hari ini.

    Tuduhan merujuk kepada pergolakan di Barcelona pada 20 dan 21 September selepas anggota keselamatan negara menggeledah pejabat kerajaan serantau dalam satu tindakan keras ke atas kempen kemerdekaan.

    Tindakan polis berkenaan disambut dengan bantahan marah dan polis serantau Catalonia dituduh gagal campur tangan.

    Ketua polis Catalan, Josep Luis Trapero (tengah) tiba di Mahkamah Tinggi Sepanyol di Madrid kerana dituduh menghasut rantau itu untuk menuntut kemerdekaan. – AFP

    Mahkamah juga memanggil pemimpin dua kumpulan awam pro-kemerdekaan Catalonia yang terbabit dalam tunjuk perasaan, Jordi Cuixart daripada Kebudayaan Ommium dan Jordi Sanchez daripada Perhimpunan Nasional Catalonia (ANC), dan seorang lagi pegawai kanan polis Catalonia, Teresa Laplana.

    Risiko sosial dan ekonomi akibat krisis politik paling teruk di Sepanyol dalam satu generasi meningkat semalam tatkala bank merancang mengalihkan domisil mereka dari rantau itu.

    Presiden serantau Catalonia Carles Puigdemint mengecam pengendalian kerajaan yang ‘teruk’ terhadap krisis dan berkata beliau bersikap terbuka kepada pengantaraan.

    Namun pejabat Perdana Menteri Sepanyol Mariono Rajoy menempelak bahawa kerajaan ‘tidak akan menerima peras ugut’. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda