SEOUL, 10 Mac – Presiden Korea Selatan Park Geun-Hye hari ini dipecat apabila mahkamah mengesahkan pendakwaannya ekoran skandal rasuah yang telah melumpuhkan negara pada ketika ketegangan meningkat di Asia Timur.
Keputusan sebulat suara telah membawa ke kemuncak kekacauan politik selama berbulan-bulan yang telah menyaksikan berjuta-juta orang keluar ke jalan raya dalam bantahan mingguan, dan pilihan raya presiden akan diadakan dalam tempoh 60 hari.
Itu akan memberikan peluang kepada Korea Selatan untuk membataskan skandal itu yang telah menjadi tumpuannya selama berbulan-bulan, meskipun ketika Korea Selatan melancarkan ujian baru peluru berpandu dan ancaman-ancaman yang telah mencemaskan antarabangsa.
Park, presiden wanita pertama di negara itu, juga menjadi pemimpin pertama yang disingkirkan melalui pendakwaan.
Dia telah kehilangan imuniti eksekutif dari pendakwaan dan dipaksa meninggalkan Rumah Biru, meskipun dia tidak berbuat demikian hari ini, dengan seorang jurucakap mengatakan kediaman persendiriannya masih perlu dipersiapkan.

Dalam membacakan keputusan, Hakim Besar mahkamah perlembagaan Lee Jung-Mi berkata tindakan Park ‘telah dengan serius mengurangkan demokrasi berperwakilan dan peraturan undang-undang.”
“Presiden Park Geun-Hye telah disingkirkan,” katanya, yang membuatkan para penentang yang menonton langsung dari skrin televisyen besar di luar mahkamah tinggi negara bertepuk gembira.
“Kita telah menang, menang,” mereka menjerit kegembiraan dan saling berpelukan, dan ada sesetengahnya menangis.”
“Saya begitu gembira hingga saya tidak menahan air mata,” kata Shin Seo-Young, 43, sambil memeluk rakannya. “Ini adalah balas dendam yang manis,”
Beberapa ratus meter jauhnya, dan dipisahkan oleh kehadiran anggota polis yang ramai, bantahan saingan oleh para penyokong presiden yang mengibarkan bendera dalam keadaan terkejut.
“Kami tidak menerima keputusan ini,” kata Cho Bong-Am, 60 tahun, seorang pengendali tadika. “Kami akan keluar ke jalan raya untuk menentang hingga ke akhirnya.”
Pergelutan berlaku ketika penyokong Park yang sebahagian besarnya mereka yang lebih berusia cuba menyeret bas dan mencerobohi perintang polis untuk sampai ke mahkamah. – AFP