Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mahkamah perintah Ira Kazar tak ganggu Puteri Sarah

    Anak kepada pelakon Kazar iaitu Ira Kazar yang didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga pasangan selebriti Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana telah diperintah oleh pihak mahkamah untuk tidak memuat naik sebarang hantaran dalam media sosial.

    Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin diperintah untuk berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehinggalah perbicaraan penuh kes berkenaan.

    Menurut peguam yang mewakili Puteri Sarah iaitu Datuk Akberdin Abdul Kader, mahkamah juga mengekalkan perintah interim injuksi kepada Ira Kazar di mana tidak boleh mengganggu Puteri Sarah, sekiranya dia gagal berbuat demikian, maka ia dianggap menghina keputusan mahkamah.

    Akberdin yang mewakili Puteri Sarah selaku plaintif ditemui selepas selesainya pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Sivil, Rofiah Mohamad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kelmarin.

    Bagaimanapun, dalam prosiding yang berlangsung, Ira selaku defendan dan Puteri Sarah, tidak menghadirkan diri. Mahkamah kemudiannya menetapkan 23 Ogos depan untuk pengurusan kes seterusnya.

    Ira Kazar didakwa jadi orang ketiga ganggu rumah tangga Puteri Sarah. – Agensi

    Sebelum ini, plaintif telah mendapatkan perintah interim injunksi dan permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu.

    Sementara itu, peguam kedua-dua belah pihak belum lagi memberi kata putus untuk menyelesaikan perkara ini secara baik.

    Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan.

    Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

    Menerusi kenyataan Puteri Sarah di mStar, tindakan saman ini dibuat di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) kerana merasakan ia jalan terbaik untuk menyelesaikan semua kemelut selepas empat tahun menyimpan perasaan.

    Pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu dan Puteri Sarah pernah mengatakan tidak lagi tinggal sebumbung dengan suaminya gara-gara gangguan orang ketiga. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...