Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Mahkamah perintah Turki bayar ganti rugi wartawan

    STRASBOURG, PERANCIS, 25 JAN – Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah hari ini memerintahkan Turki membayar ganti rugi melebihi AS$14,000 kepada seorang wartawan Jerman-Turki, mengatakan bahawa haknya dicabuli oleh penahanan selama setahun.

    Deniz Yucel telah ditahan dari 2017-18 atas laporannya untuk akhbar konservatif Jerman, Die Welt mengenai percubaan rampasan kuasa tentera Turki pada 2016 dan penindasan yang menyusuli.

    “Penahanan Encik Yucel adalah ‘gangguan’ terhadap pelaksanaan haknya untuk kebebasan bersuara’ apabila ‘tidak ada sebab yang munasabah untuk mengesyaki dia melakukan kesalahan,’ menurut keputusan mahkamah hari ini.

    Dia dituduh melakukan jenayah termasuk propaganda untuk keganasan dan hasutan kepada kebencian, terutamanya kerana laporannya mengenai minoriti Kurdish Turki dan Parti Pekerja Kurdistan (PKK) yang diharamkan.

    Yucel ditahan selepas melaporkan bahawa akaun e-mel menteri tenaga ketika itu, Berat Albayrak, telah digodam. Albayrak, kemudian menteri kewangan, adalah menantu kepada Presiden Recep Tayyip Erdogan.

    Kesnya menjejaskan hubungan antara Ankara dan Berlin ke paras terendah, diikuti dengan penahanan wartawan dan aktivis lain. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...