Tuesday, August 9, 2022
31.2 C
Brunei

Mahkamah sekat mogok di Ireland

-

DUBLIN, 21 OGOS – Mahkamah Tinggi Ireland hari ini menyekat satu rancangan mogok oleh juruterbang Ryanair di negara itu dalam masa dua minggu, yang tercetus akibat masalah gaji.

Sejumlah 180 orang juruterbang Ryanair, ahli bagi Persatuan Juruterbang Penerbangan Irish (IALPA), mahu melaksanakan rancangan yang sama oleh juruterbang British, yang masih belum disekat pada satu perbicaraan di London.

Syarikat penerbangan itu berkata keputusan mahkamah tinggi untuk memberikan perintah menentang mogok di Ireland ‘akan memberikan kelegaan besar kepada ribuan penumpang dan keluarga di Ireland’.

Syarikat penerbangan itu menggesa ahli-ahli IALPA untuk kembali berunding, tetapi ia mengekalkan pendirian kerasnya bagi rundingan gaji.

“Kumpulan kecil pekerja, memperoleh pendapatan enam angka gaji seharusnya tidak mengancam untuk mengganggu pelan percutian para pelanggan dan keluarga mereka,” menurut kenyataan syarikat tersebut.

Syarikat penerbangan yang berpangkalan di Dublin itu juga membawa Persatuan Juruterbang Penerbangan British (BALPA) ke Mahkamah Tinggi di London dalam usaha minit-minit akhir membatalkan tindakan itu.

Sementara itu, satu mogok kru kabin Ryanair selama lima hari di Portugal bermula hari ini dan di Sepanyol pula kru kabin Ryanair menggesa bagi mogok selama 10 hari pada September. – AFP

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -