Thursday, March 23, 2023
22.9 C
Brunei

-

Mahkamah S’pura tolak rayuan Nagaenthran

SINGAPURA, 29 MAC – Mahkamah Rayuan Singapura menolak rayuan warganegara Malaysia Nagaenthran K. Dharmalingam berhubung hukuman mati yang dihadapinya.

Mahkamah membacakan keputusannya hari ini selepas mengekalkan penghakiman perbicaraan Nagaenthran yang diadakan pada 1 Mac. Peguam M Ravi menerusi hantaran di Facebooknya memaklumkan bahawa “Mahkamah menganggap rayuan itu sebagai menyalahi proses dan undang-undang antarabangsa tidak terpakai.”

“Nagaenthran merupakan orang kurang upaya (OKU) mental akan dihukum gantung mungkin dalam beberapa hari akan datang,” menurut Ravi. Ravi memberi bantuan teknikal kepada peguam Nagaenthran, Violet Netto.

Perbicaraan berlangsung di hadapan panel hakim lima orang terdiri daripada Ketua Hakim Negara Sundaresh Menon, Hakim Andrew Phang, Judith Prakash, Belinda Ang dan Chao Hick Tin.

Selain rayuan itu, peguamnya Violet Netto, turut memohon mahkamah menggunakan kuasanya bagi membolehkan Nagaenthran menjalani penilaian pakar psikiatri. – Bernama

Gambar fail pada 3 November 2021 menunjukkan aktivis memegang pelekat gambar Nagaenthran di parlimen semasa memprotes hukuman mati ke atasnya di Singapura. – AFP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun perlu lupakan sejarah lampau

SEOUL, 21 MAC - Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol hari ini berkata hubungan dua hala antara Korea Selatan dan Jepun perlu bergerak ke...
- Advertisment -