Friday, December 2, 2022
30.8 C
Brunei

-

Mahkamah Syariah ungkayah majlis penutup tadarus

Oleh Nurdiyanah R.

BANDAR SERI BEGAWAN, 28 APRIL – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri, hari ini, mengadakan Majlis Penutup Tadarus Al-Quran Bulan Ramadan Mahkamah Syariah Tahun 1443 Hijrah di Dewan Serbaguna Mahkamah-mahkamah Syariah, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah.

Hadir tetamu kehormat majlis ialah Yang Berhormat / Yang Amat Arif Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim bin Haji Besar yang sekali gus memimpin bacaan Surah Al-Fatihah sebelum diikuti dengan bacaan surah-surah lazim beramai-ramai.

Turut hadir ialah hakim Mahkamah Rayuan Syariah, hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, hakim-hakim Mahkamah Rendah Syariah, pendaftar-pendaftar, pegawai-pegawai dan kakitangan Mahkamah-mahkamah Syariah dari keempat-empat daerah.

Majlis diserikan dengan bacaan takhtim dan tahlil yang diketuai oleh Awang Abdul Hadi bin Ali dan kemudiannya Doa Tahlil oleh Haji Sahrin bin Haji Kadih. Manakala Doa Selamat dan Doa Peliharakan Sultan pula dipimpin oleh Haji Kaharuddin bin Mohd Ali.

Majlis turut menyaksikan penyampaian sumbangan dan cenderahati kepada kakitangan Mahkamah-mahkamah Syariah yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis.

Yang Berhormat / Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie semasa memimpin bacaan Surah Al-Fatihah pada majlis tersebut. – Gambar serahan Mahkamah Syariah
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

India sandang jawatan Presiden G20, Majlis Keselamatan PBB

NEW DELHI, 1 DIS – India menyandang jawatan presiden G20 dan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mulai hari ini, lapor Sputnik. G20 ialah forum antara kerajaan...
- Advertisment -