Mahkamah tetap 1 Jun dengar hujah kes SRC Najib

KUALA LUMPUR, 29 APRIL – Mahkamah Tinggi di sini menetapkan tiga hari bermula 1 Jun untuk mendengar hujahan kes SRC International Sdn Bhd yang dihadapi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Timbalan Pendakwa Raya adhoc Datuk V. Sithambaram memberitahu Bernama bahawa tarikh yang ditetapkan untuk hujahan lisan itu sebelum ini pada 18 hingga 20 Mei telah dilapangkan.

Beliau berkata mahkamah juga menetapkan 5 Mei bagi pihak pembelaan dan pendakwaan memfailkan hujahan bertulis mereka manakala 19 Mei bagi menjawab hujahan bertulis berkenaan. – Bernama