Mahkamah tetap tarikh perbicaraan 15 September

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JUN – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan tarikh 15 September bagi perbicaraan kes dijalankan berkaitan dengan tuduhan terhadap seorang lelaki tempatan,Awang JimyAizal bin Haji Razalikerana tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan di bawah Akta Penyakit Berjangkit.

Tertuduh yang berusia 46 tahun itu sebelum ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan terhadapnya kerana tidak melaporkan diri ke Kementerian Kesihatan seperti yang diarahkan, setelah menghadiri acara keagamaan di Masjid Jamek Sri Petaling, Kuala Lumpur, Malaysia antara 28 Februari hingga 3 Mac 2020 lepas.

Kes pendakwaan dikemukakan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Firdaus Mohammad di hadapan Majistret Hajah ErvySufitriana binti Haji Abdul Rahman.