Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Mahkamah tetapkan tarikh bicara kes rasuah

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 MAC – Mahkamah Majistret, kelmarin, telah menetapkan perbicaraan dijalankan pada November dan Januari 2024 bagi kes terhadap pegawai kanan imigresen yang menafikan semua dakwaan melibatkan rasuah dan yang berkaitan.

Ketua Pegawai Imigresen Kanan Seruji bin Haji Setia, 52, didakwa menerima hadiah permaidani bernilai lebih $2,000 daripada syarikat yang berkaitan dengan fungsi rasmi defendan, yang pada masa itu ketua Seksyen Pas Kerja, pada Januari dan April, 2022.

Dia juga didakwa menerima sofa dan sarung kusyen tempat duduk kereta daripada syarikat yang sama pada Februari dan April 2021.

Defendan juga didakwa atas tuduhan rasuah dan yang berkaitan dalam kes lain di mana dia didakwa menerima suapan wang tunai $100 daripada pengurus sebuah agensi pekerjaan dalam September 2022 kerana mempercepatkan proses permohonan pas kerja pekerja asing untuk syarikat lain.

Timbalan Pendakwa Raya Rozaimah binti Abdul Rahman merangka pertuduhan daripada siasatan oleh pihak Biro Mencegah Rasuah.

Sementara itu, kes dikendalikan oleh Majistret Kanan Azrimah Abdul Rahman manakala itu, Seruji yang kini digantung tugas, diwakili Peguam Bela Ahmad Basuni Abas.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -