Mahkamah Thai keluar waran tangkap aktivis

BANGKOK, 19 OGOS – Sebuah mahkamah di Thai mengeluarkan waran tangkapan hari ini ke atas enam aktivis prodemokrasi yang terbabit dalam rapat baru-baru ini yang menyaksikan perbincangan terus-terang mengenai raja berperlembagaan dan gesaan meminta pembaharuan kerajaan.

Tunjuk perasaan yang diadakan hampir setiap hari oleh gerakan prodemokrasi pimpinan belia telah pun diterima oleh pihak berkuasa setakat ini, tetapi polis berkata hari ini mereka kini mempunyai waran untuk menahan setengah dozen pembantah paling berpengaruh.

Mereka akan didakwa ‘menghasut, melaku jenayah komputer, mencabul akta kawalan penyakit dan menggunakan pembesar suara,” beritahu komander polis wilayah Pathum Thani, Chayut Marayat kepada AFP.

Sementara penggunaan undang-undang lese majeste telah berkurangan dalam beberapa tahun ini, pemerhati perundangan berkata kerajaan telah mempertingkat sistem undang-undang untuk menyasarkan penentang – termasuk menggunakan undang-undang hasutan dan jenayah komputer.

Dua waran yang dikeluarkan hari ini adalah untuk pembantah yang ditahan sebelum ini – peguam hak asasi manusia Anon Numpa dan pemimpin pelajar Panupong Jadnok – tetapi mereka kini berdepan dakwaan baharu berkaitan dengan satu rapat pada 10 Ogos di Universiti Thammasat.

Rapat tersebut menarik kira-kira 5,000 penyokong yang mendengar tatkala Anon dan Panupong bercakap mengenai pembaharuan kerajaan berperlembagaan negara – satu topik yang dilarang di Thailand.

Penceramah pada rapat telah mengkritik kerajaan Perdana Menteri Prayut Chan-O-cha – bekas ketua tentera yang merampas kuasa pada 2014.

Setakat ini, tidak ada aktivis prodemokrasi yang telah didakwa dengan hasutan diraja, tetapi tuntutan mereka telah menimbulkan kemarahan penyokong pro-diraja dan mendorong beberapa bantahan kecil. – AFP

Pembantah dalam kalangan pelajar menunjukkan isyarat Hunger Games semasa rapat antikerajaan di Institut Teknologi Raja Mongkut di Bangkok kelmarin. – AFP