Monday, December 5, 2022
23.3 C
Brunei

-

Mahkamah timbang rayuan gugur janin mangsa rogol

NEW DELHI, 25 Julai – Doktor pada hari ini akan memeriksa seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang diperkosa oleh bapa saudaranya tatkala mahkamah tinggi India menimbang sama ada dia harus dibenarkan mengadakan pengguguran meskipun undang-undang yang ketat.

Ibu bapa budak perempuan itu pergi ke Mahkamah Agung selepas rayuan mereka untuk menggugurkan janin berusia 26 minggu itu ditolak oleh pihak berkuasa lebih rendah, meskipun mengingatkan tubuh badan budak tersebut belum bersedia untuk melahirkan anak.

Undang-undang India tidak membenarkan pengguguran selepas 20 minggu melainkan timbulnya risiko kepada nyawa ibu.

Namun Mahkamah Agung bersetuju untuk mendengar rayuan, mengarahkan doktor supaya menjalankan pemeriksaan perubatan dan membuat laporan sebelum keputusan diberikan pada Jumaat.

Kehamilan budak perempuan itu hanya disedari baru-baru ini selepas ibu bapanya membawanya ke hospital mengadu sakit perut.

Mahkamah India telah menimbang banyak rayuan daripada mangsa rogol yang berusaha mendapatkan kebenaran untuk menggugurkan kandungan selepas diperkosa.

Dalam kebanyakan kes, wanita hanya mendapat tahu mereka hamil apabila kandungan sudah mencecah akhir tempoh.

Pada Mei, mahkamah tinggi membenarkan seorang mangsa rogol berusia 10 tahun dari utara negeri Haryana untuk menggugurkan janin yang berusia 21 minggu.

India mempunyai rekod serangan seksual ke atas budak di bawah umur dengan 20,000 kes rogol atau serangan seksual dilaporkan pada 2015, menurut data kerajaan. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -