Oleh Fadley Faisal
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 JUN – Mahkamah Rayuan di sini, pada 10 Jun lalu telah menolak permohonan pesalah ceroboh bangunan bagi pengurangan hukuman, dengan mempertimbangkan bahawa hukuman berkenaan tidak berlebihan.
Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Michael Peter Burrell yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Hakim Miachel Lunn, mendapati bahawa hukuman dua tahun dan tiga bulan penjara yang dijatuhkan Mahkamah Majistret terhadap Azami bin Asmat yang mengaku bersalah pada 22 Februari adalah bersesuaian.
Azami mengaku bersalah terhadap kesalahan menceroboh bangunan komersial dalam tiga kejadian pada Januari.
Timbalan Pendakwa Raya Zaki bin Dato Rahman mewakili pendakwa raya sebagai responden.