Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Mahkamah tolak saman wanita cedera selamatkan anjing

    TRENTON, NEW JERSEY, 14 JUN – Seorang wanita yang mengatakan dia mengalami kecederaan serius ketika cuba menyelamatkan anjing jirannya dari terusan, tidak boleh menyaman pemilik anjing itu, menurut keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Agung New Jersey kelmarin.

    Mahkamah sebulat suara menolak dakwaan Ann Samolyk terhadap tindakan undang-undang bagi kecederaan yang dialami semasa menyelamatkan seseorang yang meletakkan diri mereka dalam bahaya, seharusnya membenarkan dia menuntut ganti rugi.

    Walau bagaimanapun, hakim mengakui bahawa undang-undang tersebut boleh digunakan terhadap harta dalam beberapa kes di mana melindungi nyawa manusia juga merupakan matlamat utama.

    Dalam tuntutan mahkamahnya, Samolyk mendakwa dia mengalami kerosakan saraf dan kecederaan kognitif selepas terjun ke dalam terusan di Perbandaran Lacey di pantai New Jersey pada 2017 untuk menyelamatkan anjing itu selepas dia mendengar seseorang meminta bantuan.

    Anjing itu dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Mahkamah turut menyatakan kelmarin bahawa mungkin terdapat keadaan di mana cuba menyelamatkan harta benda boleh layak di bawah apa yang dipanggil doktrin menyelamat – sebagai contoh, jika pemilik rumah cedera cuba memadamkan kebakaran di rumah berdekatan atas kepercayaan munasabah bahawa penduduk mungkin berada dalam bahaya.

    Mahkamah bagaimanapun memutuskan keadaan tersebut tidak wujud dalam kes Samolyk. – AP

    Mahkamah Agung New Jersey kelmarin menutuskan untuk menolak saman Ann Samolyk terhadap pemilik anjing yang diselamatkannya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...