LONDON, 5 OKT – Mahkamah Rayuan di London menolak satu keputusan yang mengiktiraf pemimpin pembangkang Venezuela Juan Guaido sebagai presiden, sebagai sebahagian daripada perbalahan berhubung pengeluaran rizab emas bernilai AS$1 bilion.
Tiga orang hakim mengeluarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai yang menyatakan kerajaan Britain telah ‘sebulat suara mengiktiraf’ Guaido sebagai presiden negara Latin Amerika.
Keputusan itu diambil dalam satu perbalahan berhubung rizab emas bernilai AS$1 bilion yang ingin dikeluarkan oleh bank pusat Venezuela dari Bank England untuk membantu membiayai respons negara terhadap krisis koronavirus.
Bank England berkata ia tidak dapat bertindak berdasarkan arahan tersebut disebabkan ia ‘terperangkap di tengah-tengah ’ tuntutan untuk presiden selepas pilihan raya yang dipertikaikan pada 2018.
Lembaga bank pusat Venezuela dilantik oleh kerajaan Presiden Nicolas Maduro, pengganti kepada mendiang pemimpin populis Hugo Chavez.
Lembaga ad hoc yang dilantik oleh Guaido telah meminta pengeluaran tersebut ditolak.
Hakim Mahkamah Rayuan berkata ia telah ‘mengarah mahkamah UK menjalankan siasatan terperinci untuk menentukan sama ada kerajaan UK mengiktiraf Maduro sebagai melaksanakan kuasa de facto pemimpin kerajaan di Venezuela.” – AFP

























