Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mahkamah Vietnam kekalkan penjara 9 tahun wartawan

    HANOI, 26 OGOS – Sebuah mahkamah Vietnam telah menolak rayuan oleh seorang wartawan terkenal dan aktivis demokrasi, Pham Doang Trang yang dipenjarakan sembilan tahun atas dakwaan ‘propaganda menentang negara,” media kerajaan melaporkan hari ini.

    Mahkamah Tinggi Hanoi mengekalkan hukuman dijatuhkan ke atas wartawan berusia 44 tahun itu pada Disember, akhbar Tuoi Tre melaporkan.

    Semasa perbicaraan kelmarin, hakim mengatakan aktivis Trang ‘membahayakan masyarakat, mencabuli kestabilan,’ dan hukuman ke atasnya adalah wajar, menurut laporan akhbar itu.

    Trang bagaimanapun tidak mengaku bersalah. Dia terkenal kerana kelantangannya mendukung topik-topik persamaan gender, hak asasi manusia dan demokrasi.

    Bagi peranannya itu, Trang diberikan Anugerah Keberanian Wanita Antarabangsa Setiausaha Negara 2022. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...