Mahkamah Zimbabwe tolak ikat jamin Ngarivhume

HARARE, 21 OGOS – Ahli politik pembangkang dan pengkritik kerajaan Zimbabwe, Jacob Ngarivhume hari ini ditolak jaminannya untuk ketiga kalinya sejak dia ditangkap kerana melakukan tunjuk perasaan antikerajaan bulan lalu.

Pemimpin parti Transform Zimbabwe itu dipenjarakan sejak 20 Julai atas tuduhan menghasut keganasan awam.

Dia telah menganjurkan bantahan pada 31 Julai terhadap krisis ekonomi dan dituduh menerima rasuah.

Ngarivhume melakukan usaha terakhir untuk menjamin pembebasannya, dengan alasan demonstrasi yang dilarang adalah bersifat aman. – AFP