Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Mahrez, Grealish bantu Manchester City mara suku akhir

    PETERBOROUGH, 2 MAC – Oleksandr Zinchenko mengetuai Manchester City ketika penyudah cantik Riyad Mahrez dan Jack Grealish memastikan juara bertahan Liga Perdana itu melangkah ke suku akhir Piala FA selepas menewaskan Peterborough 2-0 di tempat lawan, kelmarin.

    Zinchenko yang juga pemain antarabangsa Ukraine, memakai lilitan kapten pada penampilan pertamanya sejak Rusia menceroboh Ukraine. Fernandinho pada awalnya diberi tanggungjawab itu tetapi bintang Brazil berkenaan yang berhijrah dari kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk, menawarkan lilitan kapten kepada Zinchenko untuk menunjukkan tanda solidariti.

    “Saya rasa adalah baik untuknya beraksi dan menunjukkan sebab-sebab dia berada di sini.

    “Dia seorang pemain yang hebat dan perlu turun beraksi,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

    Skuad bimbingannya memerlukan masa untuk menembusi gawang lawan yang menduduki kelompok bawahan Liga Kejuaraan.

    Mahrez yang masuk sebagai pemain gantian meledak gol ke-19 pada musim ini sepanjang 32 penampilan.

    Grealish pula mempamerkan aksi lebih meyakinkan sejak berhijrah dari Aston Villa. Dia mempamerkan sentuhan hebat mengawal bola berpunca hantaran jauh Phil Foden sebelum melepasi Steven Benda untuk gol keempatnya bersama City. – AFP

    Aksi Jack Grealish (tengah) semasa menendang bola dalam perlawanan di antara Peterborough United dan Manchester City di Stadium Weston Homes, Peterborough, England pada 1 Mac 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...