LONDON, 15 Feb – Pengurus pasukan Leicester City, Claude Puel percaya Riyad Mahrez (gambar) berada dalam kecergasan yang ‘lebih baik’ daripada sebelum dia tidak hadir untu berlatih dengan pasukan berkenaan.
Permain dari Algeria itu kelihatan bersedia untuk kembali ke barisan utama pasukan Puel untuk perlawanan Piala FA Jumaat ini menentang Sheffield United selepas tidak beraksi selama tiga perlawanan.
Mahrez tidak ikut berlatih selama 10 hari berikutan keengganan Leicester untuk menerima sebarang tawaran daripada pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City sebelum tamat waktu perpindahan bulan lepas.
Walau bagaimanapun, dia membuat kemunculan semula buat Leicester sebagai pemain gantian pada separuh masa kedua menentang The Citzens hujung minggu lalu hanya selepas sehari dia kembali untuk berlatih ketika mereka dibelasah 5-1.
“Saya rasa dia lebih baik,” kata Puel ketika ditanya sama ada Mahrez masih bermain mantap sama seperti sebelum ini yang menyaksikannya mencetak sembilan gol dan memberikan sembilan bantuan musim ini.
“Dia suka bermain dan berlatih dengan rakan sepasukannya dan dia berada di tahap yang baik tanpa sebarang masalah.
“Dia kembali dengan senyuman. Cerita itu telah lalu, semua pemain mahu bergerak kehadapan.”
Leicester adalah salah satu daripada beberapa pasukan Liga Perdana yang bermain tanpa berjuang untuk mencapai tempat Liga Juara-juara, membolehkan Puel menumpukan perhatian sepenuhnya untuk menjuarai kejohanan Piala FA.
Pengurus Perancis itu juga berharap musim terbaik Leicester di masa akan datang dengan isu masalah Mahrez sudah dapat diselesaikan.
“Ia penting untuk mengakhiri perbincangan tentang Riyad, dia kembali beraksi bermain untuk Leicester di Manchester City,” katanya.
“Kami perlu terus ke hadapan, kerana dia perlu beraksi, seperti pasukan. Perkara yang paling penting adalah di hadapan kami.” – AFP