Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Mahu jadikan Sibu tarikan pelancongan

    SIBU, 4 NOV – Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan negeri mahu menjadikan Sibu tarikan pelancongan seperti Amsterdam yang terkenal dengan terusan dan menarik ramai pelancong.

    Pembinaan terusan bagi menyelesaikan isu banjir di kawasan Bukit Assek dan bahagian tengah Sibu akan mengambil masa untuk dilaksanakan, dan kerajaan GPS tidak akan melakukannya secara terburu-buru.

    “Cadangan kami untuk Sibu, (ialah untuk) menjadikan Sibu destinasi tarikan pelancongan seperti Amsterdam di Belanda. Ia memerlukan dana yang banyak dan jangka masa yang panjang untuk kita bangunkan Sibu,” katanya ketika melancarkan progam Sarawakku Sayang 2022 di sini hari ini.

    Hampir 70 peratus kawasan Sibu merupakan kawasan tanah gambut dengan kebanyakan kawasan bandarnya terletak dalam kawasan tanah gambut yang menyebabkan kesukaran untuk dibangunkan.

    Bagaimanapun, ia tidak akan menghentikan kerajaan untuk membawa lebih banyak pembangunan ke Sibu.

    Bagi menjadikan ia satu kenyataan, kajian yang menyeluruh akan dilaksanakan dan Abang Johari berkata beliau telahpun melantik perunding tempatan dan luar negara yang telah menyiapkan projek di Belanda, Denmark dan Singapura.

    Pada masa sama, pembinaan jalan sedang dilaksanakan bagi menyambungkan Sibu Jata dan Jalan Kong Yit Khim dan proses tender juga telah disiapkan bagi pembinaan jalan dari bulatan Jalan Aman ke Jalan Tuanku Abdul Rahman; kawasan Ulu Sungai Merah-Jalan Tuanku Abdul Rahkan; dan Jalan Teku Pasai Siong-kawasan Kemuyang selain menjadilan jalan Salim-Kong Yit Khim menjadi jalan empat  lorong.

    Johari berkata pembinaan jalan tersebut akan transformasikan kawasan Parlimen Sibu dan Lanang dan ia boleh dilakukan kerajaan GPS kerana mereka mempunyai polisi ekonomi yang praktikal dan mempunyai pendapatan daripada hasil minyak. – Bernama

    Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg merangkap Pengerusi GPS ketika berucap pada majlis pengumuman calon GPS di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) pada 3 November. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...