Mahu maju tetapi menipu

Saya sebagai pengguna di negara ini ingin meluahkan rasa kekesalan saya terhadap peniaga-peniaga kita.

Hal ini kerana sesetengah peniaga tempatan ini tidak bersikap jujur dan suka menipu dalam perniagaan atau servis khidmat mereka.

Saya sejujurnya mahu membantu memajukan ekonomi anak-anak tempatan kita kerana saya tahu orang kita juga memiliki potensi seperti orang luar. Namun, kepercayaan saya terhakis kerana sikap mereka yang pentingkan keuntungan besar dan mula menipu.

Bagaimana saya dan orang lain dapat membantu menaikkan ekonomi negara jika sikap jujur tiada dalam segelintir peniaga ini. Saya mohon kepada peniaga-peniaga tempatan kita, gunakan kebolehan, kemampuan, kepandaian anda pada jalan yang benar dan lurus. Jangan cuma tahu berazam ingin berjaya, ingin membuka kedai besar, ingin majukan ekonomi negara tapi sikap tidak jujur dan menipu tetap diamalkan.

Sedarlah kita sebagai warganegara lah penggerak kemajuan negara kita menuju wawasan 2035. Kita saling sama-sama berganding bahu mencapai matlamat negara. Sebenarnya kita juga mampu seperti negara-negara lain seperti Malaysia, Indonesia dan Singapura.

Sebagai contoh ketika saya berada di Indonesia suatu ketika dahulu, kebanyakan yang bekerja di mana-mana sektor adalah anak tempatan mereka, tidak ada sebarang pekerja dari luar negara. Jadi marilah kita bangkit bersama-sama untuk memajukan negara kita tercinta. Hentikan penipuan, tanamkan sikap kejujuran.

Maju Bangsaku Maju