Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Maia Estianty selamat jalani pembedahan buang batu

    Penyanyi Maia Estianty meluahkan rasa syukur apabila dia selamat menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia pada Jumaat lalu.

    Maia menerusi laman Instagram miliknya memberitahu proses pembedahan itu berjalan lancar dan berlaku dengan pantas.

    Maia turut mengucapkan terima kasih kepada suaminya, Irwan Mussry, anak-anak iaitu Al Ghazali, Dul Jaelani, El Rumi serta ahli keluarga dan pengurus yang menemaninya di hospital.

    “Hari yang cukup besar! Proses dilakukan dengan pantas tapi santai, kerana semua yang tercinta berkumpul. Terima kasih suami, anak, abang dan pengurus yang menemani saya di RS,” katanya.

    Sebelum ini, Maia Estianty menjalani rawatan di Instalasi Gawat Darurat (IGD) akibat penyakit pedih hulu hati atau Gastro Esofagus Refluks Disease (GERD).

    Doktor menasihati Maia untuk melakukan pembedahan disebabkan keadaan kesihatannya masih belum pulih biarpun sudah menerima rawatan di hospital. – Agensi

    Maia Estianty selamat menjalani pembedahan membuang batu dalam hempedu di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...