Maia Sandu angkat sumpah sebagai presiden Moldova

CHISINAU, 24 DIS – Bekas perdana menteri pro-EU, Moldova, Maia Sandu telah mengangkat sumpah hari ini sebagai presiden wanita pertama negara bekas Soviet itu.

Sandu, 48, menewaskan pemimpin sokongan Rusia, Igor Dodon dalam kemenangan mengejut pada November di negara yang tersepit antara Romania dan Ukraine.

Ahli politik berhaluan kanan yang sebelumnya bekerja bagi Bank Dunia itu telah diraikan pada majlis angkat sumpah yang dihadiri oleh anggota-anggota parlimen dan Mahkamah Perlembagaan namun Dodon dan ahli parlimen lain tidak hadir.

“Kita akan membersihkan negara kita, pencuri akan dipenjarakan bukan dalam kalangan kepimpinan negara, kata presiden baharu Moldova, sambil menekan-kan janji kempennya. – AFP

Maia Sandu ketika memberi ucapan selepas majlis mengangkat sumpah di Chisinau pada 24 Disember. – AFP