Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    MAIWP Labuan lancar Projek Laman Cendawan

    LABUAN, 24 MEI – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Labuan melancarkan projek Laman Cendawan bernilai RM193,720 di Kampung Sungai Buton hari ini.

    Projek bertujuan membantu menaik taraf golongan asnaf itu melibatkan pembinaan lima rumah cendawan berkeluasan 2,800 kaki persegi di kawasan seluas tujuh hektar milik MAIWP. Pengerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) MAIWP, Tan Sri Dr Abdul Aziz Abd Rahman ketika melancarkan projek itu berkata, setiap rumah cendawan itu berkeluasan 300 kaki persegi dengan mampu memuatkan 4,000 bongkah cendawan pada satu-satu masa.

    Beliau berkata, setiap rumah cendawan dikendalikan oleh seorang asnaf yang dilantik berdasarkan minat dan kecenderungan meningkatkan ekonomi dalam bidang pertanian serta melepasi proses tapisan MAIWP.

    “Objektif program rintis pertanian ini untuk membantu golongan asnaf terus berdikari dan sentiasa berusaha untuk keluar dari kepompong kemiskinan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...