Saturday, March 15, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majalah Masjid PSBSOAS edisi ke-6 dilancarkan

    Oleh Normazlina M.D

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Jan – Masjid Paduka Seri Begawan Sultan Omar ‘Ali Saifuddien (PSBSOAS), Kampung Katimahar, baru-baru ini telah melancarkan Majalah Masjid PSBSOAS edisi ke-6.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Ketua Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan, Jabatan Hal Ehwal Masjid, Haji Hisham bin Haji Amin selaku tetamu kehormat majlis.

    Antara isi kandungan Majalah Masjid PSBSOAS edisi ke-6 ini ialah kegiatan-kegiatan yang telah dikendalikan sepanjang tahun 2016.

    Jabatan Hal Ehwal Masjid sentiasa mengambil berat tentang perancangan tahunan takmir masjid di seluruh negara yang mana ia sering diuar-uarkan oleh  pihak jabatan bahawa masjid hendaklah diisikan dengan program-program atau beberapa kegiatan yang melibatkan para jemaah. Tujuan penerbitan majalah itu adalah sebagai koleksi Masjid PSBSOAS di samping dapat menjadi ristaan pada masa akan datang serta memberikan ruang kepada belia, beliawanis dan juga para jemaah untuk sama-sama mengikuti kegiatan masjid.

    Antara yang hadir pada majlis pelancaran majalah tersebut.
    Antara yang hadir pada majlis pelancaran majalah tersebut.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda