Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Mei – Bersempena bulan suci Ramadan yang mulia ini, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan telah mengadakan majlis berbuka bersama para perwakilan asing di Balai Serambi, Tarindak D’Seni, di ibu negara, hari ini.
Hadir bagi mengalu-alukan kehadiran para tetamu khas pada majlis tersebut ialah Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan II, Yang Berhormat Dato Seri Paduka Haji Erywan bin Pehin Datu Pekerma Jaya Haji Mohd Yusof.
Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap dan timbalan setiausaha tetap, para pengarah dan pegawai-pegawai kanan di Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan.
Majlis bertujuan bagi meningkatkan keakraban serta mengeratkan hubungan antara kementerian dan para perwakilan asing.
