Thursday, February 13, 2025
27 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis berbuka puasa di Pusat Ehsan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Mei – Sempena bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini, bekas peserta Advanced Leadership Camp (ALC) 1.0 telah mengadakan majlis amal berbuka puasa khusus bagi kanak-kanak istimewa di Pusat Ehsan Al-Ameerah Al-Hajjah Maryam (Pusat Ehsan), Bengkurong, hari ini.

    Seramai 30 orang sukarelawan bekas peserta ALC 1.0 yang merupakan gabungan bekas peserta dari pelbagai institusi pengajian tinggi di negara ini seperti dari Universiti Brunei Darussalam (UBD), Universiti Teknologi Brunei (UTB), Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB), Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA) dan lainnya terlibat mengungkayahkan majlis berkenaan.

    Semasa majlis tersebut, salah seorang sukarelawan yang ditemui, Awang Mohd Fathurrahman Nizam bin Mohd Jaya menyatakan bahawa program seumpama ini merupakan projek kedua yang diungkayahkan oleh sukarelawan tersebut yang mana sebelumnya turut menyertai acara Hari Keluarga Kebangsaan.

    Sebahagian daripada kanak-kanak istimewa Pusat Ehsan ketika mengikuti beberapa aktiviti yang diadakan sebelum waktu berbuka puasa.

    Menurutnya lagi, mereka turut merancang untuk mengadakan satu lagi acara pada bulan suci Ramadan ini iaitu mengendalikan Majlis Khatam Al-Quran di Masjid Kampung Mata-Mata dengan berkolaborasi bersama Generasi Berkarih.

    Majlis yang disertai seramai 60 orang kanak-kanak istimewa Pusat Ehsan itu juga diselajurkan dengan penyampaian cenderahati selepas acara berbuka puasa.

    Sementara menunggu menjelang waktu berbuka puasa, tiga aktiviti telah diadakan bagi menghiburkan warga Pusat Ehsan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda