Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Majlis bersanding diraja penuh kemeriahan

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Muiz Matdani, Bahiyah Bakir dan Infofoto

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 JAN – Majlis Perkahwinan Diraja berkemuncak dengan Istiadat Bersanding Pengantin Diraja antara Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan Yang Amat Mulia Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi secara tradisi, berseri-seri serta meriah di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman hari ini.

    Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha telah berkenan berangkat ke majlis istiadat berkenaan.

    Berangkat sama, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah dan Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah; Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah dan Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati.

    Turut berangkat ialah Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Amal Umi Kalthum Al-Islam.

    Hadir sama ialah Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz serta ayahanda dan bonda pengantin diraja lelaki, Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi serta isteri.

    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha bersama mempelai diraja dan bonda pengantin diraja perempuan, Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz serta ayahanda pengantin diraja lelaki, Awang Nabil Mahmoud AbdulKadir Al-Hashimi dan isteri.
    Baginda Sultan berkenan menapakkan tangan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi ke atas kepala YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
    KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, KDYMM Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah berkenan berangkat ke majlis tersebut.
    Baginda Sultan berkenan menerima junjung ziarah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
    Baginda Raja Isteri berkenan menerima junjung ziarah YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Malik serta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah berkenan berangkat ke Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman kelmarin.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen dan DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Wakeel turut berangkat ke majlis berkenaan.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa’adatul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri ‘Azemah Ni’matul Bolkiah, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Ameerah Wardatul Bolkiah berangkat masuk ke Balai Singgahsana Indera Buana. Hadir sama ialah Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, DYTM Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah berserta YAM Pengiran Bini Hajah Faizah berangkat menghadiri Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Istana Nurul Iman.
    DYTM Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah berserta YAM Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati berangkat menghadiri majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana.

    Suasana ketika majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja berlangsung.
    Bagai pinang dibelah dua…Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di antara YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi.
    Mempelai diraja dijunjung berangkat dari majlis tersebut.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan diapit YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna.
    YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah mencium tangan bondanya, Datin Paduka Seri Hajah Mariam binti Haji Abdul Aziz.
    YAM Pengiran Muda Abdul Qawi hadir pada majlis istiadat tersebut.
    YAM Pengiran Anak Hajah Taiyibah Qalbul Bolqiah dan YAM Pengiran Muda Abdul Mu’min ketika menghadiri majlis berkenaan di Balai Singgahsana Indera Buana.
    YAM Pengiran Muda Dr Abdul Fattaah, Pengiran Elina Zuraidah, YAM Pengiran Anak Khaliilah Khalilatul Bolqiah dan YAM Pengiran Muda Omar Ali menghadiri Istiadat Bersanding Pengantin Diraja kelmarin.
    YAM Tengku Amalin A’Ishah Puteri binti Sultan Ismail Petra, YAM Pengiran Anak Hajah Ruqiyah Mataul Bulqiah dan YAM Pengiran Anak Mansurah Izzul Bolkiah ketika menghadiri majlis berkenaan.
    YTM Pengiran Muda ‘Abdul Muntaqim dan YTM Pengiran Anak Muneerah Madhul Bolkiah berserta kerabat diraja berangkat ke majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja di Balai Singgahsana Indera Buana.
    YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi menuju ke Balai Singgahsana Indera Buana bersama YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dengan dituntun Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz.
    Tunku Idris pada majlis berkenaan.
    Awang Nabil Mahmoud Abdulkadir Al-Hashimi serta isteri pada majlis berkenaan.

    Istiadat Bersanding Pengantin Diraja didahului dengan keberangkatan tiba kerabat diraja dan ketibaan tetamu khas negara, para pembesar negara serta para jemputan memasuki Balai Singgahsana Indera Buana.

    Kemudian, YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah berangkat ke Balai Singgahsana Indera Buana dengan diapit oleh YTM Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah dan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Masna didahului oleh 40 Sinipit yang dibawa oleh Awang-Awang diikuti oleh Juru Bini Hajah Rokiah dan dua orang hulubalang, hulubalang diraja membawa Pemuras dan Karga serta hulubalang asgar membawa Kelasak dan Kampilan, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Dayang-Dayang yang berjalan di hadapan YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan diiringi oleh Yang Dimuliakan Pehin Manteri Bini Datin Paduka Hajah Aminah dan Yang Dimuliakan Pehin Jawatan Bini Datin Paduka Dayang Hajah Siti.

    Ini diikuti oleh perhiasan Yang Teramat Mulia yang dibawa oleh tiga orang Dayang-Dayang, seorang membawa Payung, seorang membawa Kaskol dan seorang membawa Kain Pendukungan (berjalan di belakang Yang Teramat Mulia), seorang pengangun, isteri-isteri pembesar negara yang dititahkan, seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong diikuti oleh seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai, tujuh orang Pahawai Perempuan yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Dayang-Dayang serta alat-alat kebesaran diraja yang terdiri dari 16 Pedang dan Perisai, 16 Tumbak Bendarangan dan lapan Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.

    Sementara itu, YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi menuju ke Balai Singgahsana Indera Buana bersama-sama YAM Pengiran Maharaja Setia Laila Diraja Sahibul Irshad Pengiran Anak Haji Abdul Rahim dengan dituntun oleh Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Awang Salim.

    Rombongan didahului oleh 12 Sinipit diikuti empat Dian Bunga, sebatang Dian Tunggal dibawa oleh Awang-Awang berjalan di hadapan pengantin diraja lelaki dan diiringi oleh dua orang kanak-kanak Pahawai lelaki, seorang membawa Kiap, seorang membawa Pasigupan dan Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Awang Maidin serta Yang Dimuliakan Pehin Penyurat Haji Awang Osman, diikuti oleh pengiring-pengiring yang ditentukan, seorang Pengiran Perempuan Berbaju Gadong dan seorang Dayang-Dayang yang membawa Kaskol Langguai serta tujuh orang Pahawai Lelaki yang memegang satu Puan, satu Tarian, satu Kabok dan Panastan, satu Kiap, satu Chupu, satu Pasigupan dan satu Kaskol, Dian 16 yang dibawa oleh 16 Awang-Awang serta alat-alat kebesaran diraja yang terdiri daripada enam Pedang dan Perisai, enam Tumbak Bendarangan dan empat Kabok dan Panastan yang dibawa oleh Awang-Awang.

    Setiba di pintu Balai Singgahsana Indera Buana, Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz menuntun dan membawa pengantin diraja lelaki masuk ke dalam majlis sehingga ke tempat duduk yang dikhaskan.

    Sejurus itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menapakkan tangan YAM Pengiran Suami Abdullah Nabil Mahmoud Al-Hashimi ke atas kepala YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dengan diiringi tembakan meriam sebanyak 17 das.

    Kemudian, selawat dibacakan oleh Yang Berhormat Pehin Datu Seri Maharaja Dato Paduka Seri Setia (Dr) Ustaz Haji Awang Abdul Aziz bin Juned yang seterusnya membacakan Doa Selamat bagi memberkati istiadat yang penuh sejarah itu.

    Kedua-dua pengantin diraja kemudiannya dijunjung berangkat dari majlis oleh DYTM Paduka Seri Pengiran Muda ‘Abdul Mateen. Sejurus selepas itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia menitahkan supaya majlis ditutup sebelum Baginda Sultan dan Baginda Raja Isteri berangkat ke bilik khas diikuti kerabat diraja.

     

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...