Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

Majlis dihadiri semua lapisan masyarakat

Oleh Yusrin Junaidi, Salawati Haji Yahya & Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 Julai – Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien hari ini menjadi tumpuan orang ramai yang bukan sahaja terdiri daripada rakyat dan penduduk di negara ini, bahkan juga oleh warga asing yang tidak ingin melepaskan peluang berjunjung ziarah kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain.

Pihak Media Permata sempat menemu bual beberapa orang yang menghadiri majlis itu, antaranya ialah Florentin Bluehdor dari Jerman yang sedang dalam percutian ke negara ini, menyatakan perasaan amat beruntung kerana dapat menyaksikan sendiri acara berkenaan.

“Hari yang istimewa ini merupakan kesempatan bagi saya menghulurkan tangan kepada seorang raja yang amat terkenal dengan keprihatinannya terhadap kebajikan rakyatnya,” ujar Florentin.

Celio Di Nocera dari Switzerland pula berkata, “Sejak awal pagi lagi, saya menuju ke Taman Haji Sir Muda Omar ‘Ali Saifuddien dengan rasa gembira dan berharap untuk menyaksikan depan mata sambutan rakyat di negara ini serta ramah mesra Baginda Sultan bersama penduduk di negara ini. Suasana sambutan seumpama ini membuatkan saya berasa teruja.”

Simon Welsh dari United Kingdom juga merasa sangat teruja kerana berkesempatan bertemu bersama Kebawah Duli Yang Maha Mulia, “Secara kebetulan, saya bersama rakan sedang melancong ke negara ini dan berkesempatan menyaksikan beberapa Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia di Daerah Tutong, Daerah Belait dan Daerah Brunei dan Muara.”

Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain di pentas diraja.
Keberangkatan Kebawah Duli Yang Maha Mulia berserta kerabat diraja yang lain di pentas diraja.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung bergambar ramai bersama Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam berserta kerabat diraja yang lain berkenan dijunjung bergambar ramai bersama Persatuan Pandu Puteri Brunei Darussalam.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung memotong kek puja usia dari DST Group.
Kebawah Duli Yang Maha Mulia berkenan dijunjung memotong kek puja usia dari DST Group.

YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berserta YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat bagi menerima junjung ziarah daripada rakyat serta penduduk Daerah Brunei dan Muara.
YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Malik berserta YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berangkat bagi menerima junjung ziarah daripada rakyat serta penduduk Daerah Brunei dan Muara.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung bergambar bersama salah seorang daripada peserta persembahan khas.
YTM Duli Pengiran Muda ‘Abdul Mateen berkenan dijunjung bergambar bersama salah seorang daripada peserta persembahan khas.

Katanya, “Sungguh kami tidak menyangka betapa kasihnya rakyat dan penduduk Brunei terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia membanjiri kawasan hanya untuk bersalaman dan bersua muka bersama Baginda Sultan, yang mengurniakan pelbagai kemudahan bagi negara dan rakyatnya adalah sesuatu yang indah dan istimewa. Sesuatu yang dapat saya kongsikan ketika pulang ke tanah air nanti.”

Media Permata juga berkesempatan menemu bual, Timbalan Presiden Dewan Perniagaan dan Perusahaan Melayu Brunei, Haji Muslim bin Haji Awang Tengah yang melahirkan rasa gembira kerana dapat bersua muka dengan Baginda Sultan hari ini.

Beliau yang menghadiri acara berkenaan secara tahunan juga menyatakan bahawa acara pada kali ini agak meriah dan ceria seperti mana tahun-tahun sebelumnya.

Pengiran Zainon binti Pengiran Haji Besar, seorang guru dari Sekolah Tunas Jaya, PGGMB Madang, merasa cukup gembira, kerana dapat datang menyaksikan majlis ramah mesra berkenaan yang dihadirinya secara tahunan.

Wakil dari Progresif Cellular Sdn Bhd (Progresif), ketika ditemui oleh Media Permata berkata mereka merasa sangat gembira kerana kesempatan untuk menyertai majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bersama Baginda Sultan ini.

“Hari ini merupakan hari yang sangat gembira buat semua warga Progresif menyertai acara sempena memeriahkan lagi Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah Baginda Sultan bersama penduduk di Daerah Brunei dan Muara,” ujarnya.

Sementara itu, pihak Media Permata juga sempat menemu bual golongan warga emas yang sempat mengongsikan perbezaan suasana majlis berkenaan yang diadakan pada satu ketika dahulu.

Haji Majid bin Nasir, 72, dari Kampung Menunggol ketika ditemu bual berkongsi kegembiraan kerana berpeluang sekali lagi menghadiri Majlis Ramah Mesra dan Junjung Ziarah bagi Daerah Brunei dan Muara pada tahun ini.

Beliau melahirkan rasa syukur atas kemudahan yang diberikan oleh pihak kerajaan di atas pimpinan Baginda Sultan dalam memberi keselesaan kepada rakyat dan penduduk di negara ini.

“Jika dilihat, setiap tahun kemajuan negara dalam pelbagai bidang terus saja berkembang dan ini antaranya jambatan penghubung di Kampung Sungai Kebun yang dalam sedikit masa lagi akan siap sepenuhnya,” jelasnya.

Rombongan pelancong dari Jerman dan Switzerland tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan berjunjung ziarah bersama Baginda Sultan.
Rombongan pelancong dari Jerman dan Switzerland tidak melepaskan peluang untuk beramah mesra dan berjunjung ziarah bersama Baginda Sultan.
Haji Majid yang berasal dari Kampung Menunggol.
Haji Majid yang berasal dari Kampung Menunggol.
Hajah Zabaidah ketika ditemu bual bersama cucu-cucunya.
Hajah Zabaidah ketika ditemu bual bersama cucu-cucunya.
Haji Muslim ketika ditemui Media Permata.
Haji Muslim ketika ditemui Media Permata.

Ketika berkongsi pengalaman dalam acara seumpama ini dalam zaman beliau, acara keramaian seperti ini pada zaman sebelumnya amat jauh sekali bezanya dan ini adalah disebabkan mengikut peredaran zaman dan kemudahan teknologi yang terkini.

“Jika dulunya, tiadanya tayangan secara langsung dibuat, gambaran suasana hanya boleh diketahui melalui perkongsian cerita daripada mereka yang datang menghadirkan diri dalam majlis tersebut,” tambah Haji Majid.

Katanya, “Perkara ini berbeza pada masa ini, disebabkan teknologi terkini, suasana majlis tersebut kini boleh disaksikan di kaca televisyen atau mendengar di corong-corong radio yang dilaporkan secara langsung mengenai kemeriahan suasana majlis tersebut.”

Sementara temu bual dengan Hajah Zabaidah binti Haji Hidup, 65, yang berasal dari Kampung Saba, menjadikan majlis itu sebagai satu kemestian untuk dihadiri setiap tahun.

Beliau yang hadir ditemani oleh cucunya itu melahirkan perasaan gembira kerana berpeluang tahun ini untuk sama-sama meramaikan majlis tersebut bagi berjunjung ziarah bersama Baginda Sultan berserta kerabat diraja yang lain.

Menurutnya, menghadirkan diri pada majlis seumpama ini sudah menjadi rutin dan kemestian untuk dihadiri di mana perkara ini dibuat sejak usianya enam tahun lagi iaitu sejak pemerintahan Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien.

Hajah Zabaidah menambah, suasana majlis seumpama ini pada zaman beliau, juga dimeriahkan dengan beberapa acara sampingan seperti acara tanglong, persembahan naga, bunga api dan perarakan air di bangunan kastam lama yang pada masa ini dikenali dengan nama Dermaga Diraja.

Menurutnya yang ketika itu berusia sekitar lapan tahun pada tahun 1962, keterujaan untuk sama-sama memeriahkan menghadirkan diri pada ketika itu sangat tinggi di mana beliau dan keluarga sudah bersedia sejak pukul enam petang di kawasan panggung Kianggeh untuk menyaksikan persembahan yang penuh dengan keceriaan.

Di samping itu, beliau juga menjunjung kasih kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia atas kemudahan dan elaun yang diberikan kepada warga emas di negara ini.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -