Majlis Dikir Maulud labuh tirai

Oleh Sahama

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 OKT – Untuk memperingati hari ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW, Masjid Setia Ali, Pekan Muara, telah mengungkayahkan majlis penutup dikir yang diadakan selama 12 malam berturut-turut di masjid berkenaan.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah ahli Majlis Mesyuarat Negara, Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed bin Pengiran Haji [email protected] selaku pemangku penghulu Mukim Serasa dan ketua kampung Masjid Lama, Pekan Muara, Sabun dan Pelumpong.

Sebelum majlis dimulakan, bacaan tahlil khusus Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim dan dipimpin oleh pegawai Hal Ehwal Masjid, Awang Nasehin bin Yahya.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah pengerusi majlis sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW, Awang Nasehin bin Yahya;  Pegawai Hal Ehwal Masjid, Masjid Setia Ali, Awang Rosli bin Haji Ladis; imam Masjid Setia Ali, ahli jawatankuasa takmir masjid,  para belia dan penduduk kampung sekitarnya.

Tujuan sambutan tersebut diadakan adalah sebagai tanda kecintaan dan menyanjung keperibadian serta mengenang kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Yang Berhormat Pengiran Haji Mohamed semasa menghadiri majlis penutup dikir yang berlangsung di Masjid Setia Ali, Pekan Muara.