Saturday, February 15, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Doa Kesyukuran sempena Hari Keputeraan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Julai – Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan jabatan-jabatan di bawahnya hari ini mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam ke-71 Tahun di Masjid Ash-Shaliheen, Kompleks Bangunan JPM.

    Majlis kesyukuran ini dikelolakan bersama oleh Bahagian Undang-undang dan Kesejahteraan di JPM; Jabatan Kehakiman Negara dan Biro Kawalan Narkotik.

    Hadir ke majlis itu ialah Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara, Yang Amat Mulia Pengiran Lela Cheteria Sahibun Najabah Pengiran Anak Haji Abdul Aziz dan Menteri di JPM dan Menteri Kewangan II (Kedua), Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Laila Setia Dato Seri Setia Haji Abdul Rahman bin Haji Ibrahim.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri di JPM, Dato Seri Paduka Haji Mohd Roselan bin Haji Mohd Daud, setiausaha-setiausaha tetap di JPM; timbalan-timbalan setiausaha tetap, ketua-ketua jabatan; para pegawai kanan serta kakitangan JPM dan jabatan-jabatan di bawahnya.

    Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara ketika menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 tahun.
    Yang Di-Pertua Adat Istiadat Negara ketika menghadiri Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Hari Keputeraan Baginda Sultan ke-71 tahun.

    Majlis dimulakan dengan solat Sunat Hajat yang diimamkan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Haji Aslenan bin Haji Metusin diikuti dengan bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Kesyukuran sebelum diakhiri dengan solat Fardhu Asar berjemaah.

    Majlis berkenaan diadakan sebagai melahirkan kesyukuran akan kepimpinan Baginda Sultan dan seterusnya memanjatkan doa ke hadrat Allah S.W.T semoga Baginda dilanjutkan usia, sihat walafiat dan kekal qarar memerintah negara dengan berlandaskan iman dan panduan daripada Allah S.W.T.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda