Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Majlis Doa Selamat pemergian kontinjen UNIFIL

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Adib Noor

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 OKT – Majlis Doa Selamat bagi pemergian kontinjen Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) bersama Malaysian Battalion 850-10 (MALBATT 850-10) bagi misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) telah diadakan di Surau Ad-Difa’, Bolkiah Garrison petang tadi.

    Kontinjen tersebut dijangka akan berangkat ke Malaysia untuk diatur gerak ke Lubnan pada 17 Oktober depan.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Pertahanan, Brigedier Jeneral (B) Dato Seri Pahlawan Haji Abdul Razak bin Haji Abd Kadir, dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Dato’ Raja Reza bin Raja Zaib Shah.

    Turut hadir ialah setiausaha-setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, pemerintah-pemerintah angkatan tentera dan Pemerintah Angkatan Bersama, timbalan-timbalan setiausaha tetap Kementerian Pertahanan, pengarah-pengarah, komandan-komandan, Penasihat Pertahanan Malaysia, pegawai-pegawai kanan tentera dan awam, serta pegawai-pegawai dan anggota-anggota dari Kementerian Pertahanan dan ABDB.

    Kontinjen ABDB MALBATT 850-10, yang diketuai oleh Mejar Hisham bin Haji Mahmud, dianggotai oleh 30 orang yang terdiri dari tiga orang pegawai dan 27 orang lain-lain peringkat dan akan beroperasi selama 12 bulan.

    Timbalan Menteri Pertahanan semasa menyerahkan buku panduan kepada anggota yang akan menyertai misi UNIFIL.
    Timbalan Menteri Pertahanan dan para pegawai kanan ABDB semasa menghadiri Majlis Doa Selamat berkenaan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...