Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Majlis Doa Selamat untuk bakal haji

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MEI – Lima orang pegawai dan kakitangan Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang akan menunaikan ibadat haji pada tahun ini diraikan dalam Majlis Doa Selamat di Bilik Mesyuarat East Wing, JPM, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri di JPM dan Menteri Pertahanan Kedua, Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi bin Haji Mohd Yussof.

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat Menunaikan Haji yang diketuai oleh Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, JPM, Awang Muhammad Zainul-Akhyaar bin Amer Hairunuddin.

    Pada majlis tersebut, Yang Berhormat Pehin telah menyempurnakan penyampaian sumbangan derma daripada pegawai dan kakitangan JPM kepada bakal jemaah haji berkenaan.

    Majlis antara lain bertujuan untuk memohon keberkatan Allah SWT agar kesemua bakal jemaah haji mendapat rahmat, perlindungan, keselamatan dan kesejahteraan semasa berada di tanah suci, dipermudahkan segala urusan serta kembali dengan memperoleh haji yang mabrur.

    Turut hadir ialah Timbalan Menteri (Urustadbir Perkhidmatan Awam) JPM, Dato Seri Paduka Mohd Riza bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos; Setiausaha Tetap (Wawasan), Pengiran Hajah Siti Nirmala binti Pengiran Haji Mohammad; Pemangku Setiausaha Tetap (Tenaga), Pengiran Haji Jamra Weira bin Pengiran Haji Petra, pegawai-pegawai kanan serta pegawai-pegawai dan kakitangan JPM.

    Yang Berhormat Pehin Datu Lailaraja Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Awang Halbi menyampaikan sumbangan kepada bakal jemaah haji JPM. – Gambar serahan JPM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...