Majlis eratkan silaturahim

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 OKT – Dalam usaha bersama membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, Kumpulan Belia Masjid Kampung Lumapas, Ashabul Akhyar, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Doa Terhindar daripada COVID-19 bagi belia dan beliawanis masjid berkenaan, secara maya.

Hadir selaku tetamu khas pada majlis tersebut ialah Pemangku Penolong Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Pengiran Haji Haslin bin Pengiran Haji Ali.

Antara tujuan acara berkenaan adalah untuk mengeratkan silaturahim serta mendidik belia mendekati masjid di samping menyerapkan nilai-nilai murni.

Ia juga dihasratkan untuk memberikan peluang untuk sama-sama memohon doa agar terhindar segala penyakit khususnya wabak COVID-19, selain menghindarkan belia daripada bahayanya isu gejala sosial.

Acara turut diserikan dengan tazkirah bertajuk ‘Belia Cintai Rasulullah’ yang disampaikan oleh belia Masjid Mohamed Bolkiah, Kampung Serusop, Haji Mohamed Khairul Mu’az bin Haji Sibodaud.

Pengiran Haji Haslin bersama belia semasa majlis yang diadakan secara maya.