Thursday, December 8, 2022
24.7 C
Brunei

-

Majlis iktiraf usaha petani, penternak dan nelayan

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 NOV – Sumbangan, usaha dan jasa para peladang, petani, penternak dan nelayan diberikan pengiktirafan dengan 11 perusahaan dan pengusaha menerima Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan semasa Perasmian Ekspo Mini Hari Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan ke-12 (HPPPN ke-12) yang berlangsung di Dewan Muhibah, Lapangan Terbang Lama, Berakas, hari ini.

Anugerah kepada para penerima itu telah disampaikan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Para penerima tersebut ialah Syarikat Wywy Farm bagi Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan yang berdaya maju (sektor pertanian); Syarikat Gropoint Sdn Bhd untuk Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan menembusi pasaran eksport (sektor pertanian); Haji Mohd Sahlan bin Hidup untuk Anugerah Khas Pengusaha Padi Berjaya (sektor pertanian); Syarikat PDS Abattoir Sdn Bhd bagi Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (sektor pemprosesan agrimakanan); Syarikat KN Nursery bagi Anugerah Khas (industri spin-off) Sektor Pertanian dan Syarikat Mori Enterprise bagi Anugerah Khas Belia Harapan (Sektor Pertanian).

Sementara itu, Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan yang berdaya maju (sektor perikanan) diterima Syarikat Gemilang Seri Sdn Bhd; Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan menembusi pasaran eksport (sektor perikanan) bagi Golden Corporation Sdn Bhd; Anugerah Khas Peladang, Petani, Penternak dan Nelayan (sektor pemprosesan agromakanan perikanan) bagi Marimin Sdn Bhd; Anugerah Khas Belia Harapan (sektor perikanan) bagi Sahamada Corporation Sdn Bhd dan Anugerah Khas Penternak dan Nelayan (Tempatan) Sektor Perikanan diterima Haji Sahron bin Haji Omar.

Penerima Anugerah Khas Belia Harapan (sektor perikanan) yang diwakili oleh Pengarah Urusan Sahamada Corporation Sdn Bhd, Awang Mohd Nur Khalid bin Haji Ilias dalam temu bual ringkas bersama Media Permata berharap belia-belia yang berminat untuk menceburi bidang keusahawanan terutamanya bidang perikanan, supaya tidak mudah berputus asa jika berdepan dengan pelbagai cabaran.

“Dalam dunia perniagaan, berhadapan dengan masalah merupakan perkara yang sering kita hadapi tetapi yang penting adalah bagaimana kita mencari penyelesaian kepada masalah berkenaan yang menentukan kejayaan kita,” tambahnya.

Menyentuh sedikit mengenai perusahaannya itu, beliau berkata perusahaan keluarga yang bermula secara kecil-kecilan dari rumah dengan menjual produk menerusi ekspo jualan, kedai dan keluarga.

Dengan sokongan dan maklum balas yang positif, mereka mengambil keputusan untuk mengembangkan perusahaan dengan membeli mesin dan mengambil pekerja bagi meningkatkan kapasiti dan pengeluaran di mana kini mereka mempunyai kilang sendiri di Tapak Perindustrian Beribi serta produk mereka juga bukan sahaja berada di pasaran tempatan tetapi juga menembusi pasaran luar negara.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bergambar ramai dengan wakil perusahaan dan pengusaha yang menerima anugerah khas semasa majlis yang berlangsung di Dewan Muhibah, Lapangan Terbang Lama Berakas, kelmarin.

 

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -