Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Majlis imbau kenangan manis ahli IGGJ

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JUN – Demi mengeratkan lagi ikatan silaturahim yang telah lama terjalin, lebih 20 orang ahli Isma Group Getaran Jiwa (IGGJ) telah mengadakan majlis ramah mesra yang berlangsung di Restoran Pujangga Besila, Kampung Sungai Akar, baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis berkenaan ialah Pengasas IGGJ, Haji Ismail bin Haji Randah yang melahirkan kesyukuran yang tidak terhingga atas nikmat jalinan persahabatan yang semakin erat sejak kumpulan berkenaan ditubuhkan pada tahun 1995 lagi.

    Majlis berkenaan turut dimeriahkan dengan sesi mengenang kembali detik-detik perjalanan hampir 27 tahun bersama di samping berkongsi pandangan bernas demi sama-sama meningkatkan kemajuan dan menggapai kejayaan IGGJ dari semasa ke semasa.

    Acara sedemikian merupakan salah satu yang amat dinanti-nantikan oleh ahli-ahli kumpulan selama ini lebih-lebih lagi setelah sekian lama tidak bersua muka ketika negara masih dibelenggu dengan pandemik COVID.

    Lebih 20 orang ahli IGGJ merakamkan detik kegembiraan semasa majlis ramah mesra yang berlangsung di Restoran Pujangga Besila, Kampung Sungai Akar, baru-baru ini. –Gambar serahan IGGJ
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...