Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Majlis keagamaan rai 101 tahun penubuhan PPDB

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 31 DIS – Bersempena ulang tahun penubuhannya yang ke-101, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis membaca Surah Yasin dan Doa Kesyukuran di Masjid Ash-Shaliheen, Jalan Perdana Menteri, hari ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir pada majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis, Awang Sulaiman bin Alidin, Timbalan Penguasa Polis (DSP) Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), para pengarah dan timbalan pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, para pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB.

    Majlis dimulakan dengan sembahyang Sunat Hajat berjemaah yang diimamkan oleh Imam Surau Polis Gadong, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar bagi memohon keberkatan agar warga pasukan akan sentiasa dikurniakan kesihatan dan kesejahteraan dalam melaksanakan tugasan mencegah dan membanteras jenayah, dihindari daripada segala kesukaran dan kecelakaan dalam menjalankan tugasan harian.

    Kemudian, majlis diteruskan lagi dengan menunaikan sembahyang fardu Asar berjemaah yang telah diimamkan oleh Imam Masjid Ash-Shaliheen, Haji Mohammad Izzat Izzuddin bin Begawan Pehin Khatib Dato Paduka Haji Emran sebelum disusuli dengan bacaan Surah Yasin dan Doa Kesyukuran.

    Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan hadir selaku tetamu kehormat pada majlis keagamaan yang berlangsung di Masjid Ash-Shaliheen, kelmarin.- Gambar serahan PPDB
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...